Monday, October 17, 2011

Debaran Peperiksaan Akhir Tahun 2011

18.10.2011 hingga 21.10.2011 iaitu dari hari Selasa sampai Jumaat sekolah aku akan mengadakan Peperiksaan Akhir Tahun atau PKSR 2. Tapi ni untuk Tahun 2 hingga 6 je. Tahun 1 tak de ujian. Cuma Penilaian Berasaskan Sekolah. Huh! Seksa buat soalan. Lepas tu nak kena hantar rezo pulak. Paper yang aku ajar hari pertama dan kedua. Alhamdulillah. Harap-harap sempat la aku tanda semua kertas kelas aku sebelum aku bercuti panjang. hihihi. Lupa nak mention aku ni ajar subjek ape ye.. Aku ni ajar subjek fakta... iaitu MATEMATIK (MATHEMATICS).

Sunday, October 2, 2011

Open House Fareeda

Hari ni lepas check up kat Az-Zahrah, aku, suami dan anak aku pergi ke open house Fareeda. Redah je. Mula-mula rasa malas nak pergi. Tapi dah alang-alang dah dekat, pergi jugak la. Macam-macam makanan ada. Satay, laksa, nasi beriyani.. aiskrim pun ada. Meriah juga la. Ramai juga yang datang. Pengedar-pengedar dia pun datang juga. Pengedar dapat door gift lawa sikit la dari peminat tudung. Ramai juga yang datang pakai tudung Fareeda. Termasuk la aku. hihihi.. tapi tak de la sampai over glamo. Datang-datang, daftar dulu. Baru boleh makan. Tapi, aku bagi husband and anak aku makan dulu. hihihi. baru aku pergi daftar. Dapat lah door gift sebagai kenang-kenangan. Siap ada DJ tu. Makanan boleh tahan la.

Friday, September 30, 2011

Sambutan 4 dalam 1: Hari Kanak2, 1 Malaysia, Hari Raya dan Kemerdekaan

Pada 28 September 2011, Rabu merupakan hari paling sibuk kat sekolah aku (SKPP 14 (1)). Ada majlis besar-besaran dijalankan dari pukul 7:45 pagi hingga la 1:05 tengahari. Sambutan 4 dalam satu. Bukan syampoo je de 3 dalam 1, majlis pun boleh. Sekolah aku buat sambutan Hari Kanak-Kanak, 1 Malaysia, Hari Raya Aidil Fitrii dan Hari Kemerdekaan. Memang meriah lah. Pelbagai acara diadakan disepanjang hari tersebut. Aku tak sempat nak amik gambar sebab aku ni AJK hadiah. Jadi sibuk dengan penyusunan hadiah untuk para pemenang. Aku bersama kawan-kawan yang menjaga hadiah memang tak menang tangan kerana nak menghabiskan acara penyampaian hadiah tu supaya berjalan dengan lancar. Aku ucapkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi membantu kami (AJK hadiah) ketika kami tak cukup tangan.

Friday, September 23, 2011

Fareeda Oh Fareeda....

Mesti ramai tertanya.... atau ada yang dah kenal dengan Fareeda. Siapa Fareeda ni? hihihi.. yang dah kenal tak perlu diperkenalkan lagi. Tapi bagi yang tak kenal lagi, mari aku kenalkan. Fareeda ni satu jenama tudung yang agak terkenal jugak la.. ala-ala tudung Ariani.. tapi fesyen kedua-dua jenama ini berlainan dan ada style masing-masing.

Wednesday, September 21, 2011

Kursus Matematik Tahun 2

Kursus ni bermula dari 19 - 23 September 2011 (Isnin - Jumaat) di PPWPP (Pejabat Pelajaran Wilayah Persekutuan Putrajaya). Bunyik cam jauh je dari rumah. Pada hal, dekat je. kat belakang Alamanda je.. hihihihi... Kursus ni sebenarnya untuk guru-guru yang bakal mengajar tahun 2 tahun depan. GPK aku kata oleh kerana tak de cikgu matematik lain, maka secara rasminya akulah orang yang terpaksa pergi sebagai paksarelawan. Hahaha. Terpaksalah aku meninggalkan kelas aku semalam. Tapi sempat jugak la habiskan 3 masa bersama 3Hamka. Cuma kesian pada kelas 3 Kajai. mesti jauh tertinggal sebab seminggu aku kursus tanpa sempat dera diorang dengan kerjarumah aku. 3 Hamka je sempat aku dera... hahaha...

Saturday, January 15, 2011

Sek. Keb. Putrajaya Presint 14 (1) ......Tahun kedua

2011.. pejam celik pejam celik, dah dua tahun aku kat sekolah ni...seronok di sekolah ni.. cikgu semuanya baik2 dan peramah... termasuk guru besar dan gpk2nye...bersyukur aku dapat masuk sekolah ni... cukup selesa dengan environmentnye....terima kasih GB sebab terima saya tuk mengajar kat sekolah ni..

BLOG CIKGU RINNIE

Blog aku yang kedua... blog lama dah malas nak update.. harap-harap blog baru ni makin berkembang..
Blog ni harap2 dapat mengeratkan silaturrahim antara kawan2 dan berkongsi2 maklumat tentang hal2 sekolah dan sebagainya.. tak tau nak tulis ape tuk mulakan blog.. nanti kalau dah de idea, leh sambung lagi la.....