Mesti ramai tertanya.... atau ada yang dah kenal dengan Fareeda. Siapa Fareeda ni? hihihi.. yang dah kenal tak perlu diperkenalkan lagi. Tapi bagi yang tak kenal lagi, mari aku kenalkan. Fareeda ni satu jenama tudung yang agak terkenal jugak la.. ala-ala tudung Ariani.. tapi fesyen kedua-dua jenama ini berlainan dan ada style masing-masing.
Hari ni lepas balik kursus pergi singgah Butik Fareeda di bangi dengan Adhwa. Seronok betul. Orang lelaki bersesak-sesak pergi solat Jumaat, kami bersesak-sesak ke butik Fareeda. hihihi. Orang jangan cakaplah. sikit punya ramai. Maklumlah dah gaji. Dah tu, offer lak tu.Lagi la ramai yang tak lepaskan peluang. Nak beli harga asal lom tentu lagi. Masa offer ni la nak sapu. Tapi banyak color yang dah abih. Yang tinggal color yang dah ada atau pun yang kurang berkenan (tak de baju yang match sebenarnye...). Walaubagaimanapun, kami dapat lah warna yang kami nak setelah lama kami mencari dan menunggu. Adhwa seronok giler.. aku pun. sebab color yang kami dapat tu bukan senang nak dapat. dah berapa kali datang, baru hari ni dapat. Tudung tu nanti ingat nak dipakai dengan baju batik yang kami beli dengan Jah. cikgu sekolah kami.. memang sesuai betul lah tudung tu dengan baju batik tu. Tak sabar rasanya nak pakai. Tapi, almaklumlah, aku ni tak leh nak pakai lagi. Tak muat. Tahun depan la baru leh melaram dengan tudung Fareeda dan baju batik tu..
Beli tudung Fareeda ni memang puas hati lah (bagi aku la.. orang lain aku tak tau). Tudungnya senang dipakai, up to date, dan yang paling penting sekali, CANTIK. Memang puas hati lah. Gambar tak dapat tunjuklah. cable telefon aku tinggal kat sekolah. Nanti bila dah ada baru boleh upload.
ini antara tudung fareeda.
Selendang Mawar Tone Sara marissa
Cantikkan. Ini baru dua jenis. Kalau nak tengok lagi, leh pergi kat butiknya di Bangi atau wesitenya.
secantik harganya
ReplyDelete