Kursus ni bermula dari 19 - 23 September 2011 (Isnin - Jumaat) di PPWPP (Pejabat Pelajaran Wilayah Persekutuan Putrajaya). Bunyik cam jauh je dari rumah. Pada hal, dekat je. kat belakang Alamanda je.. hihihihi... Kursus ni sebenarnya untuk guru-guru yang bakal mengajar tahun 2 tahun depan. GPK aku kata oleh kerana tak de cikgu matematik lain, maka secara rasminya akulah orang yang terpaksa pergi sebagai paksarelawan. Hahaha. Terpaksalah aku meninggalkan kelas aku semalam. Tapi sempat jugak la habiskan 3 masa bersama 3Hamka. Cuma kesian pada kelas 3 Kajai. mesti jauh tertinggal sebab seminggu aku kursus tanpa sempat dera diorang dengan kerjarumah aku. 3 Hamka je sempat aku dera... hahaha...
Mencabar betul kursus minggu ni. dah lah last minit baru tau. hari ni hari kedua aku ikut kursus ni. Perkara paling mencabar adalah belajar menggunakan abakus. Pergh... gila punya susah. Tapi berkat kesabaran aku ni sebagai seorang guru (ceh.. konon...) dapat la jugak belajar pelahan-lahan. Bermula dengan mengenal abakus 4:1, nombor menggunakan abakus, tambah, tolak dan darab. Aku ingatkan aku je yang pening nak darab guna abakus, rupanya ramai jugak yang pening cam aku.. hahaha.. jadi tak de la aku gabra sangat. Nanti kalau ada masa, aku akan tunjukkan cara mengira menggunakan abakus kat sini. Itu pun kalau berkesempatan la....
Esok 21 September 2011 adalah hari ke-3 aku kursus. JU kata nak sambung lagi topik abakus. Bahagi pulak. Aduh... tambah tolak dan darab pun dah pening-pening lalat, masuk bahagi, tak tau la pening ape lak aku ni nanti. Hahah. Demi anak-anak murid, aku sanggup tempuhi. Ceh....
0 komen terkini:
Post a Comment