Friday, September 30, 2011

Sambutan 4 dalam 1: Hari Kanak2, 1 Malaysia, Hari Raya dan Kemerdekaan

Pada 28 September 2011, Rabu merupakan hari paling sibuk kat sekolah aku (SKPP 14 (1)). Ada majlis besar-besaran dijalankan dari pukul 7:45 pagi hingga la 1:05 tengahari. Sambutan 4 dalam satu. Bukan syampoo je de 3 dalam 1, majlis pun boleh. Sekolah aku buat sambutan Hari Kanak-Kanak, 1 Malaysia, Hari Raya Aidil Fitrii dan Hari Kemerdekaan. Memang meriah lah. Pelbagai acara diadakan disepanjang hari tersebut. Aku tak sempat nak amik gambar sebab aku ni AJK hadiah. Jadi sibuk dengan penyusunan hadiah untuk para pemenang. Aku bersama kawan-kawan yang menjaga hadiah memang tak menang tangan kerana nak menghabiskan acara penyampaian hadiah tu supaya berjalan dengan lancar. Aku ucapkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi membantu kami (AJK hadiah) ketika kami tak cukup tangan.



Murid-murid nampak seronok semasa majlis dijalankan. Maklumlah, macam-macam persembahan. Dengan pakaian beragam, nyanyian, tarian, basikal berhias, dan nasyid. Seronok dan penat. Alhamdulillah majlis berjalan seperti yang dirancang dan habis pun seperti yang dirancang.

Aku pun dapat hadiah juga masa majlis tersebut. Walau pun tak sebesar mana, tapi Alhamdulilah la. heheh. Menang saguhati untuk pertandingan mewarna guru-guru. Macam nak patah tangan rasanya mewarna. Lukisan pulak tu besar. Tapi yang menang memang aku solute la. betul-betul bersemangat mewarna. macam tu la yang kite nak. Guru-guru memberi kerjasama.

Apa-apa pun aku harap majlis ini memuaskan hati semua pihak. Tak lupa juga pihak yang menyediakan makanan bagi guru-guru dan murid-murid. Terima kasih banyak-banyak kerana membuatkan kami kenyang sehingga tak boleh nak makan lagi... ihihihi.

0 komen terkini:

Post a Comment