Sunday, October 2, 2011

Open House Fareeda

Hari ni lepas check up kat Az-Zahrah, aku, suami dan anak aku pergi ke open house Fareeda. Redah je. Mula-mula rasa malas nak pergi. Tapi dah alang-alang dah dekat, pergi jugak la. Macam-macam makanan ada. Satay, laksa, nasi beriyani.. aiskrim pun ada. Meriah juga la. Ramai juga yang datang. Pengedar-pengedar dia pun datang juga. Pengedar dapat door gift lawa sikit la dari peminat tudung. Ramai juga yang datang pakai tudung Fareeda. Termasuk la aku. hihihi.. tapi tak de la sampai over glamo. Datang-datang, daftar dulu. Baru boleh makan. Tapi, aku bagi husband and anak aku makan dulu. hihihi. baru aku pergi daftar. Dapat lah door gift sebagai kenang-kenangan. Siap ada DJ tu. Makanan boleh tahan la.



Tempat pendaftaran dan mengambil cabutan bertuah.

Ha, jangan tak tau, siap ada cabutan bertuah lagi kepada pengunjung yang datang. Siap ada hadiah misteri lagi. Aku awal lagi dah cabut. tak sempat la nak merasa cabutan bertuah. Sekali cabutan 5 orang. Rasanya dia buat 1 jam sekali kot. sebab masa aku datang, diorang tengah mengumumkan nama-nama mereka yang bertuah.

 Gambar ala-ala model anak aku Irdina Mawaddah bersama waleednya.

 Irdina Mawaddah makan satay.

Ini baru dapat amik gambar dia yang ok skit.

Lepas makan, kami pergi jenguk ke kedai Fareeda. Konon nak tengok-tengoklah tudung terbaru ker, mana tau ada diskaun hari ni. Memang ada diskaun, tapi sungguh kiciwa lah hati sebab tak dapat nak ketuk duit husband aku nak beli tudung Fareeda. SOLD OUT. Yang tinggal hanya sisa-sisa (ala-ala tudung yang aku kurang berkenan la...). Sungguh kiciwa la aku. Ada juga customer lain yang kecewa cam aku. tapi nak buat cam mana. dah habis stok. Pekerja kat situ kata, dari pagi lagi dah ramai yang datang dan borong semua. May be dia punya dealer la. Sebab hari ni memang ramai dealer dia yang datang. Huhuhu. Hajat tak kesampaian nak beli tudung.

Tapi sempat juga lah aku dan anak aku ni bergambar dengan model Fareeda - Mawar. hihihi. Jangan jeles. Mawar siap dukung Irdina Mawaddah lagi.

Aku, Mawar (model Fareeda) dan Irdina Mawaddah. 
Mawar cam tak larat je nak dukung Irdina Mawaddah. Hihihi.

Mana tau satu hari nanti Irdina Mawaddah leh jadi model cam mawar. Tapi model tutup aurat la. Bukan model dedah-dedah.

Pada mereka yang memberikan maklumat tentang open house ni terima kasih banyak-banyak ye.. Jasamu di kenang....

2 comments: