18.10.2011 hingga 21.10.2011 iaitu dari hari Selasa sampai Jumaat sekolah aku akan mengadakan Peperiksaan Akhir Tahun atau PKSR 2. Tapi ni untuk Tahun 2 hingga 6 je. Tahun 1 tak de ujian. Cuma Penilaian Berasaskan Sekolah. Huh! Seksa buat soalan. Lepas tu nak kena hantar rezo pulak. Paper yang aku ajar hari pertama dan kedua. Alhamdulillah. Harap-harap sempat la aku tanda semua kertas kelas aku sebelum aku bercuti panjang. hihihi. Lupa nak mention aku ni ajar subjek ape ye.. Aku ni ajar subjek fakta... iaitu MATEMATIK (MATHEMATICS).
Hari ni sempat la juga buat ulang kaji dengan kelas-kelas aku topik lepas. Harap-harap murid aku dapat jawab dengan baik. Tak dapat A pun tak pe (bagi kelas yang akhir) asalkan lulus. Tapi kalau dapat A, lagilah bagus. Cikgu mana yang tak nak anak murid dia dapat A subjek yang dia ajar.
PKSR 2 tahun ni aku tak buat soalannya. Paper 1 pun aku tak buat, paper 2 pun aku tak buat. Tu yang buat aku bertambah risau tu. dah lah tak sempat nak tengok pe soalan yang keluar. Aduh, risau bangat ni. Kelas yang first tak de masalah rasanya. Yang aku risaukan kelas yang akhir ni. Aku doakan semoga semuanya lulus.
Hari Jumaat ni aku mintak tukar jadual dengan sorang cikgu J-Qaf. Aku ada check up dengan Az-Zahrah. Harap semua berjalan lancar.
Cikgu doakan semoga semua murid cikgu lulus dengan cemerlang.... AMIIIIIINNNNNNNN
Assalamualaikum cikgu yang baik hati,
ReplyDeleteberkenaan upload bahan di blog, saya guna google document sahaja. Mudah. :)