Sunday, September 28, 2014

Buku Panduan Pengurusan PBS terbaru 2014 -- kemaskini 21 April 2014

Penambahan PBS bermula 1 April 2014. Semua DSP (Dokumen Standard Prestasi) Tahun 1 hingga 3 diganti dengan PPPM (Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid) bermula pada tarikh ini. Semua guru (guru yang mengajar subjek KSSR) perlu menggunakannya dalam menilai prestasi murid.

Bila sebut pasal PBS, bukan saja tentang pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Malah penyediaan fail juga tak ketinggalan. Rasanya tak semua sekolah dapat buku Panduan Pengurusan PBS yang dicetak oleh Kementerian. Ada yang dapat cetakkan dan ada yang print sendiri dan perbanyakkan di sekolah masing-masing. Tapi itu buku lama...
 
Kini buku Panduan Pengurusan PBS yang baru pula dah keluar. Mesti ramai yang tak tahu. Saya pun baru saja naik dari bercuti panjang selama 3 bulan. Masa dalam cuti. belek-belek juga la apa cerita tentang penambahan PBS yang baru. Terjumpa la buku Panduan ni.

Macam-macam persoalan ditanya.

- Apa guna buku ni?
- Apa beza buku ni dengan buku lama?
- Tak boleh ke pakai buku lama je?
- Perlu download dan print ker?

Macam-macam ditanya. Jawapannya, YA.. buku ini amat berguna. Dan semua cikgu perlu ada simpanan secara hardcopy. Kenapa? Sebabnya, di dalam buku ini tertulis apa itu PBS. Bagaimana melaksanakan PBS. Semuanya ada di dalam buku ini.

Amat-amat berguna untuk S/U PBS, Penyelaras KSSR /PBS, JK PBS dan guru KSSR. Untuk mereka yang memegang fail PBS 4 komponen seperti PEMENTORAN, PENGESANAN, PENYELARASAN dan PEMANTAUAN serta PAJSK dan PPsi, semua maklumat yang cikgu perlukan ada di dalam buku ini. Amat mudah.

Di sini saya kongsikan Buku PANDUAN PENGURUSAN PBS yang terbaru. Harap dapat membantu cikgu-cikgu dalam pengurusan PBS.

Sila masukkan nama dan email cikgu di side bar disebelah kanan untuk mendapatkan Buku tersebut dan akan di hantar terus ke email cikgu.

2 comments:

  1. Salam rinie. Xtau kt mana nk masukkan email tu. Bg kat komen blh?

    ReplyDelete
  2. Salam Lina,

    Tengok sidebar sebelah kanan blog ini.. cari Subscribe Blog Cikgu Rinnie

    dalam form tu ada label nama dan email. Isi nama disitu ya.

    Terima Kasih.

    ReplyDelete