Sunday, September 28, 2014

Buku Panduan Pengurusan PBS terbaru 2014 -- kemaskini 21 April 2014

Penambahan PBS bermula 1 April 2014. Semua DSP (Dokumen Standard Prestasi) Tahun 1 hingga 3 diganti dengan PPPM (Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid) bermula pada tarikh ini. Semua guru (guru yang mengajar subjek KSSR) perlu menggunakannya dalam menilai prestasi murid.

Bila sebut pasal PBS, bukan saja tentang pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Malah penyediaan fail juga tak ketinggalan. Rasanya tak semua sekolah dapat buku Panduan Pengurusan PBS yang dicetak oleh Kementerian. Ada yang dapat cetakkan dan ada yang print sendiri dan perbanyakkan di sekolah masing-masing. Tapi itu buku lama...
 

Monday, September 15, 2014

PPPM untuk Pendidikan Khas Sekolah Rendah

PPPM untuk Pendidikan Khas Sekolah Rendah


Kebanyakkan guru-guru hanya mencari PPPM untuk sekolah rendah arus perdana sahaja.. Tapi kita terlupa ada juga di sekolah-sekolah terpilih mempunyai murid-murid yang istimewa.

Saturday, September 13, 2014

PPPM - Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid untuk Tahun 1, 2 dan 3 Sekolah Rendah


Apa itu PPPM?
Bila PPPM ini akan digunakan?
Perlukan guru2 atau sekolah ada PPPM ini?

Macam2 soalan yang ditanya mengenai PPPM ini. PPPM ini adalah dokumen yang menggantikan Dokumen Standard Prestasi atau DSP (bukan DSK ye cikgu2) yang digunakan oleh guru2 yang mengajar Tahun 1, 2 dan 3 sekolah rendah. PPPM ini digunakan sebagai rujukan untuk mengajaran dan dalam merancang pengajaran guru dalam buku ringkasan mengajar (BRM) guru.



Sunday, September 7, 2014

PBS - Pemantauan khas PBS oleh JNJK



Tengah dok sibuk2 sekolah akan ada 1 peperiksaan besar UPSR, pemantauan PBS oleh JNJK (Jemaah Nazir dan Jemaah Kualiti) pulak nak datang... Bermula 7 September hingga 17 Oktober 2014.. sebanyak 360 buah sekolah akan dilawati (rendah dan menengah)...

Sunday, June 30, 2013

Bridging The Gap 2013...Tahun 1 hingga Tahun 5




"Bidging The Gap" SKPP14(1) kini dibuat dengan cara baru kerana masa dan tempat yang berbeza dengan tempat biasa dibuat. Dibuat pada hari Sabtu bersamaan 29 Jun 2013.. Selalunya sekolah kami buat pada hari Jumaat. Kami cuba membuat perubahan supaya semua ibubapa murid yang terlibat dapat hadir memandangkan hari Sabtu adalah hari cuti kebanyakkan ibubapa.

Thursday, June 13, 2013

Penambahbaikkan Dokumen Standard Prestasi KSSR bagi Sekolah Rendah (Tahun 1, 2 dan 3) dan KSSM bagi Sekolah Menengah (Ting. 1 & 2)

Diharap semua guru sekolah rendah dan menengah yang terlibat dengan PBS (KSSR dan KSSM) untuk menyemak semula dokumen standard prestasi (DSP) dari  Laman web Lembaga Peperiksaan.

Ada beberapa perubahan ketara pada sesetengah mata pelajaran yang memerlukan guru mata pelajaran berkenaan untuk memuat turun (dowload) DSP yang terkini dari laman web Lembaga Peperiksaan.

Monday, October 17, 2011

Debaran Peperiksaan Akhir Tahun 2011

18.10.2011 hingga 21.10.2011 iaitu dari hari Selasa sampai Jumaat sekolah aku akan mengadakan Peperiksaan Akhir Tahun atau PKSR 2. Tapi ni untuk Tahun 2 hingga 6 je. Tahun 1 tak de ujian. Cuma Penilaian Berasaskan Sekolah. Huh! Seksa buat soalan. Lepas tu nak kena hantar rezo pulak. Paper yang aku ajar hari pertama dan kedua. Alhamdulillah. Harap-harap sempat la aku tanda semua kertas kelas aku sebelum aku bercuti panjang. hihihi. Lupa nak mention aku ni ajar subjek ape ye.. Aku ni ajar subjek fakta... iaitu MATEMATIK (MATHEMATICS).