Sunday, June 30, 2013

Bridging The Gap 2013...Tahun 1 hingga Tahun 5




"Bidging The Gap" SKPP14(1) kini dibuat dengan cara baru kerana masa dan tempat yang berbeza dengan tempat biasa dibuat. Dibuat pada hari Sabtu bersamaan 29 Jun 2013.. Selalunya sekolah kami buat pada hari Jumaat. Kami cuba membuat perubahan supaya semua ibubapa murid yang terlibat dapat hadir memandangkan hari Sabtu adalah hari cuti kebanyakkan ibubapa.

Kehadiran ibubapa walaupun tidak semua yang hadir, namun cukup memberangsangkan. Walaupun ada ibubapa yang tersalah tempat (menunggu di kelas anak masing-masing, mungkin surat yang sekolah sampaikan kepada ibubapa tidak sampai ditangan mereka atau mereka tidak perasan tempat baru perjumpaan), namun masalah dapat diatasi dengan baik.

Oleh kerana kami (guru-guru dan AJK PIBG sekolah) adalah insan biasa, kami juga melakukan kesilapan. Memandangkan ini adalah kali pertama kami guru-guru berkumpul di dewan PSS dan diletakkan mengikut stesen mata pelajaran masing-masing, terdapat sedikit kecelaruan di mana ibubapa mencari guru kelas anak masing-masing bukannya guru mata pelajaran. Ibubapa pula sukar untuk mencari guru mata pelajaran anak mereka kerana mereka tidak kenal guru-guru tersebut. Guru walaupun memakai tag nama, namun jika dari jauh, dan terlindung dengan ibubapa yang berdiri di depan guru menyukarkan ibubapa yang lain melihat nama guru.

Beruntunglah kepada ibubapa yang membawa anak-anak mereka kerana anak mereka boleh mengenal guru mata pelajaran mereka. Bagi ibubapa yang tidak membawa anak dan tidak pernah berjumpa guru atau kenal guru, maklumlah terutamanya bagi ibubapa anak tahun 1 memang sedikit sukar untuk mencari guru anak mereka.

Saya sendiri sebagai guru mata pelajatan rasa amat-amat berpuas hati kerana dapat berbincang dengan ibubapa sendiri mengenai segala masalah dan prestasi anak-anak mereka. Walaupun ada juga terdengar beberapa ibubapa yang bersungut kerana lama menunggu dan keadaan di dewan sedikit panas kerana ramai penghuni yang memenuhi ruang dewan untuk bertemu dengan guru serta mengetahui prestasi anak-anak mereka, saya lihat guru yang terlibat dengan sabar melayan ibubapa dengan baik dan komited sekali.

Ada juga guru yang terpaksa bertahan walaupun ingin ke tandas semata-mata tidak mahu ibubapa menunggu untuk mengetahui prestasi anak mereka. Dalam keadaan dewan yang agak panas, ada juga guru yang berhati  mulia menghulurka kepada kami sebotol air mineral untuk menghilangkan haus dan kekeringan tekak kerana panas dan kekeringan tekak kerana tidak berhenti bercakap.

Dari feedback ibubapa, kami akan cuba memperbaiki kesilapan dan kekurangan kami. Diharap diperjumpaan yang akan datang semua kekurangan dapat kami atasi dan dapat mempermudah dan memberi keselesaan kepada guru dan ibubapa yang hadir.

Diharap jika ada guru atau ibubapa atau PIBG atau sesiapa yang ada idea yang bernas dari pengalaman sendiri atau kawan-kawan dan dapat membantu kami memperbaik kekurangan kami bolehlah berkongsi dengan kami dengan memberikomen di sini. Saya akan cuba usulkan kepada sekolah saya. Saya dahulukan dengan jutaan terima kasih kepada yang sudi memberi pandangan

Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru, AJK PIBG dan ibubapa yang menghadiri majlis ini.

0 komen terkini:

Post a Comment