Sunday, September 28, 2014

Buku Panduan Pengurusan PBS terbaru 2014 -- kemaskini 21 April 2014

Penambahan PBS bermula 1 April 2014. Semua DSP (Dokumen Standard Prestasi) Tahun 1 hingga 3 diganti dengan PPPM (Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid) bermula pada tarikh ini. Semua guru (guru yang mengajar subjek KSSR) perlu menggunakannya dalam menilai prestasi murid.

Bila sebut pasal PBS, bukan saja tentang pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Malah penyediaan fail juga tak ketinggalan. Rasanya tak semua sekolah dapat buku Panduan Pengurusan PBS yang dicetak oleh Kementerian. Ada yang dapat cetakkan dan ada yang print sendiri dan perbanyakkan di sekolah masing-masing. Tapi itu buku lama...
 

Monday, September 15, 2014

PPPM untuk Pendidikan Khas Sekolah Rendah

PPPM untuk Pendidikan Khas Sekolah Rendah


Kebanyakkan guru-guru hanya mencari PPPM untuk sekolah rendah arus perdana sahaja.. Tapi kita terlupa ada juga di sekolah-sekolah terpilih mempunyai murid-murid yang istimewa.

Saturday, September 13, 2014

PPPM - Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid untuk Tahun 1, 2 dan 3 Sekolah Rendah


Apa itu PPPM?
Bila PPPM ini akan digunakan?
Perlukan guru2 atau sekolah ada PPPM ini?

Macam2 soalan yang ditanya mengenai PPPM ini. PPPM ini adalah dokumen yang menggantikan Dokumen Standard Prestasi atau DSP (bukan DSK ye cikgu2) yang digunakan oleh guru2 yang mengajar Tahun 1, 2 dan 3 sekolah rendah. PPPM ini digunakan sebagai rujukan untuk mengajaran dan dalam merancang pengajaran guru dalam buku ringkasan mengajar (BRM) guru.



Sunday, September 7, 2014

PBS - Pemantauan khas PBS oleh JNJK



Tengah dok sibuk2 sekolah akan ada 1 peperiksaan besar UPSR, pemantauan PBS oleh JNJK (Jemaah Nazir dan Jemaah Kualiti) pulak nak datang... Bermula 7 September hingga 17 Oktober 2014.. sebanyak 360 buah sekolah akan dilawati (rendah dan menengah)...